tu dia.... nak sangat buat chee cheong fun.... mmg sangat x fun dibuatnya! tapi part makan mmg maaaaanyak fun! dua gulung beso tu pun x cukup lagi....sangat renyah cara nak buatnya hinggalah ada kisah disebalik penyediaannya... tergolek terbarai adunan kulit chee cheong fun ni!
tengok kat rumah Ros SinaranMenu tu cam senang jer nak sediakan, mmg sangat teruja nak buat. walaupun keras tangan, dapat jugak makan buatan sendiri kan... meh tengok resepi yg kak rose cnp dari rumah Ros. mekasih ya. mintak izin nak kongsikan kat sini pulak.
Bahan inti
* 90 grm udang kering (direndam dalam air panas selama 15 minit dan tumbuk biar agak pecah)
* 1 pokok daun bawang dan sedikit hirisan bawang besar
* 2 sudu kicap manis
* 1 sudu kicap cair
* 1 sudu minyak bijan
* 1 sudu besar minyak masak
cara memasak
1-Panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang besar,masukkan pulak udang kering dan goreng sebentar.
2- Masukkan pula kicap cair dan kicap
manis. Kacau hingga udang kering masak dan masukkan
daun bawang.Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan chee cheong fun
* 230ml air
* 70grm tepung beras
* 1 sudu besar wheat flour
* 1/4 sudu garam
* 2 sudu besar minyak masak
Cara memasak
1- Campurkan tepung beras,wheat flour dan air.Gaul rata.Masukkan pula garam.Kacau lagi dan tapis kedalam bekas yang bersih.
2- Masukkan minyak masak dan kacau
hingga adunan betul-betul larut dan bercampur rata.Rehatkan selama 1
jam.(P.Ros rehatkan dalam 20 minit aje).(kak rose pun)
3- Panaskan kukusan, sapukan sedikit
minyak pada loyang dan masukkan sesenduk bancuhan kedalam loyang ( saiz
senduk dansebanyak mana bahan yang dimasukkan kedalam loyang sebenarnya
bergantung pada saiz loyang untuk mendapat ketebalan chee cheong fun
yang betul) untuk mengukus Pastikan adunan dikacau rata setiap kali
menyenduk adunan kedalam loyang dan loyangnya juga disapu minyak.Kukus
la selama lebih kurang 5 minit.
4- Angkat chee cheong fun yang telah
dikukus tadi dan biarkan seketika dan letakkan 1 sudu kecil inti sebelum
digulung.(kerja menjadi lebih senang sekiranya ada 3 biji loyang yang
sama saiznya).
5- Potong chee cheong fun kepada
kepingan yang sama besar dan letakkan kedalam pinggan.taburkan bijan dan
sos juga daun bawang serta sedikit inti udang kering atas chee cheong fun sebelum dihidangkan.(daun bawang kita dah habis jadi tak dapat la ditabur kat atasnya.
Bahan sos
Campurkan 6 sudu kecil kicap cair
bersama 3 sudu besar gula dan 1 sudu besar air panas.Kacau hingga gula
hancur dan masukkan pula 1 sudu besar minyak bijan dan kacau rata.
dan adegan yang x ingin kita lihat semasa membuat kulit chee cheong fun yg x fun tu! my senduk tu terlalu berat untuk duduk dalam bekas plastik yang kak rose isikan batter tu....punyalah jaga, sudahnya tergolek melambak batter atas para. nasib baik dah last punya, so dapatlah 3 keping jer kulit tu. jadila nak hilangkan my greediness nak makan chee cheong fun ni.
12 comments:
nampak sedaplah.. tapi tokleh makan udang, kalau substitute ayam ok tak agaknya eks
alahai... adegan last skali tu... sib baik dapat gak 3 kulit tu kak rose.. kalau tidak nangis tak berlagu lah.. :D
Alhamdulillah... ada rezeki kak rose nak makan lagi ye... sian juga tengok dah. tergolek bagai tu ;-)
hihi.. tun dah biasa kalau dapur sepah2 n accident mcm ni kt dapur. jenis yg clumsy x hengat punya :p
tun lapik plastik bungkus nasi lemak tu atas loyang, jd senang nk keluarkan lepas kukus.
wah chinese style pulak kali ni kak Rose mmg sedap nampak tu,
Wah...kak Rose menjadi la tu kan?..Ros baru balik dari HongKong pagi tadi,tapitak jumpa chee chong Fun kat sana tapi dapat juga nikmati dimsum yang sedap di restoran makanan Islam.
Mila, x cuba x tau kan.... mana tau lebih sedap pulak nnti
Nani, tu la sedih kan....
Yatie, dapat makan pun dah Alhamdullilah... hilang kempunan tu!
tun, sama lah cam kak rose ni... mmg clumsy sangat!
tq for the tips... next time kalau buat lg boleh cuba
Noor, layan tekak yg nak makan saja... semua belasah!
Ros, selamat kembali. x sangka begitu renyah buatnya... atau kak rose yg x pandai nak atur keja... kelam kabut jadinya!
Post a Comment