Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 9, 2013

Roti jala kuah durian

 hari ini kak rose merajinkan diri bersauna muka kat dapo menjala roti.  sebenarnya ada durian yang kawan bagi, tp x terdaya nak ngabeskan kalau makan gitu jer, so mula lah mencari idea nak buat yang makan dengan kuah durian ni... nak buat pulut takut muak pulak, so yang paling afdal roti jala ni la... walaupun dengan paksa rela bersauna dulu....

 resepi roti jala n kuah durian ni kak rose amik dari blog cikmanggis, tp dia punya cantik kuning jer roti jalanya, yang ni kak rose buat tambah kaler merah pulak. mekasih ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...


Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing. (kak rose guna gula putih je)
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan.


Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning. (kak rose tambah kaler merah)
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati  kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila  masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.

 
jemput semua..... roti jala dengan kuah durian yang sangat nyum nyum, taruk kuah banyak2 lg sedap dan beribu2 kalori to be burnt esok.... rajin ker?

6 comments:

dari dapur nasya said...

as salam k ros.....nanti amik award kat dapo saya ye....mmuahh

kayumaniskorner563 said...

salam ros, sdp nyer kuah durian tu.......

sapphire said...

cantiknya warna jala :)

Bbwana adienia said...

salam kak rose,

roti jala ni nampak so sweet la..

ain hanif said...

Sweetnya roti jala..hehe..tq sis utk resipi yg simple ni..sy nak buat jap lg, nak cicah ngan roti

Rashid Zainu said...

Salam,nak tanye klau nak guna durian nak guna durian apa ye? Tempoyak ke apa ye? Klau musim durian xde mcmne nak dapatkan ye?