Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 5, 2013

Cucur kembung... lagi!

 cucur kembung, sekembung namanya.... buat kuih emergency untuk minum petang semalam.... tukang masak ni pun kekadang poning palo mike nak masak n makan apa... apa lagi jenis yang malas macam kak rose ni... dan last sekali buatlah yang paling senang disediakan dan mudah jer dapat ngapnya... kodek2 terus goreng, siaplah cucur kembung ni....  ada kelainan sket rasa dia, lemak2 sbb ada mayonis dalam tu. meh tengok resepinya yang kak rose dapat dari Sajian Dapur Bonda, mekasih ya kongsikan resepi yang mudah n sedap ni...

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

7 comments:

Anonymous said...

sedapnya, selalu saya buat tak letak telur dan guna yis =)

lain kali boleh try resepi yg ni kan

adda syuhada said...

cantik plk tengok mangkuk tuh..

mrs kayrul said...

pagi nie google resepi untuk sarapan pagi nie terjumpa plak resepi kak rose..terus tergoda tengok cucuk yg montok2 nie..dah try semua suka...

Nani Shuhada said...

Salam...saya buat tak kembung2 pun...silap teknik agaknya masa letak tu ye...nanti nak cuba yg resipi ni la pulak. Yq

liana said...

Montoknya

Ummu Muzaffar said...

Kak rose, sedap & cantik sgt nmpknya... Kalo sejuk pon dia maintain ke bulat? Nk jemput masuk kuali tu kak rose guna tangan ke sudu?

Ummi AmnaAmzar said...

hujan2 ni nmpk telioq sgt.. jom buat skrg.. thanks for the recipe๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„