Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 12, 2013

Tempe goreng rangup


salam Jumaat penghulu hari yang mulia. kejap je dan nak tengahari.... apa la nak masak untuk lunch nnti ya... tempe goreng ni kak rose buat petang semalam untuk minum petang tp sudahnya sampai kemalam baru nak makan. entah apa yang disibukkan pun x tau la... tempe goreng cicah sambal kicap. nampak sangat kejawaannya kan..resepi dari hana, sedap sangat nduk. mekasih ya.

Bahan-bahan
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam cili padi- leh tambah cili merah utk kurangkan pedas
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap - hana gune jalen manis
Cara-cara
  1. Potong nipis tempe. Serongkan sedikit.
  2. Tumbuk bwg putih dan ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga macam batter nak goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, renjiskan sedikit adunan tepung.
  5. Celupkan tempe ke dalam adunan tepung. kemudian goreng hingga kekuningan.
  6. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Masukkan dlm mangkuk dan buh kicap. Cicah dengan tempe goreng tadi.

4 comments:

Delima Zamrud said...

Ermm dah lama cari resepi tempe goreng camnie, mekasih akak Rose sudi kongsi sama D5 :)

cik chinta said...

tgu blik jb br ble wt ni

JaSSNaNi said...

assalamualaikum.. kak rose,
meh antar sket... nak makan tea time..

myda_ahmad said...

fav saya nih kak rose....mmg x dinafikan mmg2 sedap ....saya suka2....