Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 19, 2013

Mee hoon goreng kunyit

resepi dari ika, mekasih ya....

1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) - (kak rose guna ayam je)
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal (letak tauhu)
  • 2 biji telur
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air

  •  Cara-cara
  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
    Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
    Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
    Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

    Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
    Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
    Masukkan semua sayuran & air sebentar.
    Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

    PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)

8 comments:

deetha said...

salam mbak yu,
nak bihun tu :)

Fazlina Ridzwan said...

goreng kunyit yeee...resepi baru nie...leh cuba nnt..

JaSSNaNi said...

goreng bihun kunyit.. blom penah try.. boleh gak cuba ni.. without cili kan.. :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bihun goreng camni mmg feberet anak2...

laa patutla mcm kenal je resepi ni.. sendiri punya resepi rupanya... hehehe... tq kak sudi cuba..

kak ruby said...

salam rose, sdp nyer mee hoon goreng kunyit........

cik chinta said...

aaa..sdp2. mcm sng. tp tgu bli aym r.

faa.rosli said...

Sedapnyaaa...xpenah rasa...

Kak Rose said...

deetha, salam kembali. wes entek lho nduk.

Cik Puan Fadli, silakan...

Nanni, nak pedas boleh potongkan cili api, kasi berasap!

Ratna, tq jugak kongsikan resepinya ya.

kayumaniskorner563, boleh la mencuba nnti ya.

cik chinta, boleh je gantikan dengan apa yang ada...

faa, sedap n simple jer.