Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 2, 2012

Marble cake

simple cake untuk jamuan hari ni...tq chef hanieliza for the recipe.... kak rose cnp kat sini ya.

MARBLE CAKE

BAHAN:
bahan A

250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko ]

80 ml susu segar/fresh milk

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.


4 comments:

Norzie hany said...

Selamat hari raya kak Rose.
Cantik rupa kek marble ni.

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikkum kak Ros..

Cantiknya belang kek akak ni.. Jelas kelihatan. Nampak lembut je tekstur kek ni..

Selamat hari raya kak Rose.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nampak gebu, coraknya cantik beralun.

Cik Puan Izan✿ said...

cantiknya belang kek akak... simple resepi ni... boleh cuba ni...