Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 21, 2012

Tart kentang

makan dengan cili sos....

tart kentang yang sedap ni buat untuk minum aka dinner petang semalam.... lama dah teringin nak buat dan cheese yg kak rose bli lama dah nasib baik jer belum expired! pernah buat dulu dan bila tau keenakkannya mmg akan ada lah ulang tayang kat seripayaku ni... x kesah la kan, asalkan kita buat n tepek gambar sendiri punya masakkan... masih ada lagi yg suker2 amik gambar masakan kita dan letak dalam blog dia as if dia yg buat... tp kan kalau dah gambar tu kita punya, sekali pandang kita pun dah tau. x serik2 ataupun mmg derang ni x pernah terbaca rungutan para bloggers masakan ni tentang hal curi2 gambar ni? entahlah!!! senang je nak trace, pergi ke images n lalukan mouse kat situ, dia akan tunjukkan gambar tu dari mana.

 x brapa close-up isi dalamnya

 nak cerita pasal tart kentang ni dah terpelencong ke rumbling pasal curi gambar lak..... resepi asalnya kak rose amik dari Ros SinaranMenu... mekasih ya sharekan resepi yang sedap ni dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini sekali lagi...

 tabur cheese banyak2.... hmmm nyum nyum!

Bahan-bahannya 
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus 
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut 
* sedikit potongan daun bawang 
* 2 batang crab stick dipotong kecil (kak rose gantikan ngan ayam cincang) 
* 1/4 cawan susu 
* 3 biji telur 
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa

(kak rose tambah 1 batang celery, 1 sudu besar tepung gandum n 1 sudu keci tepung jagung bancuh ngan susu + telo tu.... memandai jer kan.... turn out nice, x melekat to the muffin pan wpun kak rose x sapu butter!)


 panas2 baru kuor dari oben

Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

8 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Amboi.. nampak sedap tu kak rose.. ni nak cuba masa cuti nanti..

Terima kasih share resepi yang budak2 suka dan juga mak budak :D

izahdaut said...

lama dah jugak tringin nak buat, tapi slalu lupa beli cheese. :-)

JaSSNaNi said...

dulu nampak kat blog kak madiha a.k.a ratna.. sedap sangat.. tapi sampai skrg lom test wat..

Kak Rose said...

Nur Hayati... cubalah, kalau untuk budak2 boleh omit pepper tu takut pedas lak!

Kak Rose said...

izah...nnti ada cheese bolehlah mencuba... anak2 pasti suke

Kak Rose said...

Nanni, x pe kiv dulu. nnti dah sampai seru boleh lah buat ya

Me said...

akan buat..... :) nanti saya bagi laporan;)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak rose..kita pun dah lama tak buat tart kentang.Nanti nak buat jugak le...