Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 28, 2012

Oh! tepung gomak ku..

 walaupun rupa sangat hazab... tp sangatlah lembut n sedap!

huaaaa... kenapalah keras tangan sangat nak buat tepung gomak ni.... cobaan sungguh! ni kali kedua dah, tp kejadiannya tetap sama... bocor sana sini!!!! sangat lah x pandai nak meleperkan bentuk nya... cuba buat tebal2 jadi keras lak, bila nipis ada saja koyaknya. jadi bertampal disana sini. dah baca banyak pun cara nak membentuk jadi leper2 tu... dah cuba yg canai guna rollong pin pun, tp ttp x menjadi... ni la yang ada rupa sket kak rose tepek kat sini... wpun rupa kejadian sangatlah hazab, tp sangat lembut n sedap. tp tepung kacang yg kak rose bli siap ni warnaya ada gulap sket, tp wangi bau kacangnya!

resepi dari Myr oleh tulip77.... kalau tengok lapuran yg dihantar suma cantik2 jer.... canmerla nak ajar tangan ni soh buat cantik2 cam tu ya? kak rose buat separuh jer dari adunan ni.

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

3 comments:

JaSSNaNi said...

dah lama tak makan tepung gomak ni kak rose.. sedap plak dah nampak sini.. kalau jadi tepung gomak tu selalu lah.. hahaha

Mak Wardah said...

Kak Rose, kueh tepung gomak ni favourite arwah mak saya...thanks Kak Rosa for sharing

Sari Yusa Ibrahim said...

suka betul kita dengan kuih ni cuma kalau makan tu comotnya alahai, hehehe

cantik dah tu Kak Rose, yg penting sodappppppppp!!