Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 7, 2012

Tepung goreng pisang rangup

juadah minum petang semalam.... dah tunggal gambar saja pun nak buat entry kat sini... sebenarnya nak kongsikan tepung goreng pisang rangup yang kak rose try ni... bila google je tepung goreng pisang, resepi ni lah yang mula2 appear....dan bila baca review pada ramai yang dah pernah mencuba mmg puas hati sangat dan memang rangup. x rugilah kalau mencubanya dan hasilnya mmg puas hati. resepi kak rose cnp dari sini.... mekasih ya share resepi. kak rose buat separuh je dari adunan ni untuk sebiji pisang tanduk yang besar.

Tepung goreng pisang rangup
Sumber: Disini

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke link diatas. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.


2 comments:

cik pelita said...

Salam Kak Ros, sory pasal gambar tempe dengan sambal kicap tu. Acctually resepi sambal kicap tu memang original from my mom but disebabkan nak share resepi tapi tak berkesempatan nak buat sambal kicap tu so saya pun google gambar dalam internet. kebetulan pulak gambar kak ros tu menarik then trus grab masuk dalam my entry sebagai hiasan,tq atas teguran ye and lepas ni saya akan lbih berhati-hati.

p/s: better setiap gambar yg kak ros upload tu kak rose letak alamat blog kak rose,event kalau org guna gambar tu pun readers tahu tu gambar kak ros and automatik org akan tahu alamat blog kak ros dan kalau dorg berminat berkunjung ke blog kak ros nanti kak ros jugak yang untung sebab jumlah readers bertambah. so kira langkah promosi untuk blog kak ros la. Sekadar renungan..

Cik Puan Izan✿ said...

resepi baru lagi ni...nanti saya cuba...