Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 23, 2012

Siew pak choy dlm sos tiram

 
salam dan selamat berhari minggu semuanya... dah lunch ker? kak rose baru jer sudah makan nasik dengan gulai daging masak lemak cili api, ikan terubuk goreng dan sayur siew pak choy simple ni. sayur ni walaupun masaknya sangatlah simple tapi tetap sedap buat kak rose. pagi td g tesco nak cari brokoli, tp stok yg ada sumanya macam layu jer jadi kak rose amik lah sayur daun ni. lagipun rasanya dah lama x makan siew pak choy ni... simple sangat.... celor dan curah dengan sos tiram jer.


resepinya kak rose amik dari rumah hana, mekasih ya nduk. nnti arek jalok resepi yg lain pulak. dan yg ni kak rose kongsikan kat sini lagi sekali ya...

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy (kak rose guna 5 pokok kecik2 tu)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

4 comments:

Marsita yahya said...

Salam perkenalan,
selalu gak goreng sayur ni...makan ngan nasi panas-panas baru sedap kan?

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose. Windu nya lama tak bw. Cantik nya batang dia cam bunga ros tu.

bani dahalan said...

salam kenal kak.....cantik je batang sayur tu..mcm kelopak bunga ros..:-)

MamaFaMi said...

Comel je bunga ros yang mengiringi lauk sayur ni ye... :)