Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 3, 2021

Sirap nenas

nenas yang kak rose bawak balik dari kampung hujung minggu lepas... punya lah lama tak boleh balik kampung sebab tak boleh rentas negeri kan... tapi kali ni nekad pergi ke balai polis mintak surat keizinan untuk rentas negeri sebab memang ade keperluan yang kena attend... bukan suka2 nak balik kampung for nothing kan.. setelah bersoal jawap dan tunjuk buktu keperluan tu baru lah dapat izin tu.. lalu kat lebuh raya pun lenggang jer, tak banyak kereta lah.. so boleh lah zasssss... kebenaran untuk 3 hari jer, so balik lah dah semula ke sarang  di shah alam... bertapa lah hingga boleh balik lagi nanti kan..
dan bila balik kampung tu mesti ada jer yang nak bawak balik sini kan... jom lah buat sirap nenas ni... dan ada jugak beli ikan kurau masin, nanti nak buat masak lemak ciliapi nenas dengan ikan masin lah.. kecur pulak ailio dah ni... hihi..


 Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco

No comments: