Makan2 sempena meraikan kawan yang akan berpindah ke rumah barunya di Bangi. sebenarnya kami cuma berempat jer untuk makan2 kali ni, kiranya a bit a private affair lah sebab dah buat dengan kawan2 yang sama2 untuk mengucapkan salam perpisahan tak lama dulu kat sebuah restoran ... buat pun dalam keadaan norma baharu ni memang tak berapa nak ngam lah kan... tak boleh nak ramai2 dah huha sangatkan 😃
so kali ni akk rose buat kat rumah dan kami cuma berempat... dapatlah bersembang lama2 dan berhu ha dengan kawan tu lama sikit kan.. tapi sayang leka makan dan membawang, sampai lupa satu gamba pun tak de snap.. sorry lah Zam... siap import tukang masak dari jauh tu, terima kasih ibu pah yang tolong masak ikan siakap steam, tauhu lembut masak sos tiram dan pucuk ubi masak lemak cili api...
yang ni tuan tanah yang masak lah... atas permintaan siibu yang nak makan peria dengan udang pebret ni katanya
dan buah2 dari tuan tanah jugak...jambu air, buah tembilai, mangga susu dan rock melon yang sangat manis.
yang ni pun tuan tanah lah yang sediakan kerabu mangga muda a la thai... sedap meratah ni.
pucuk ubi masak lemak cili api dengan udang kering yang pekat leamk kaw kaw..
untuk emapt orang jer, tapi macam hidangan untuk sepenuh meja kan... iyu lah tandanya kami makan sangat baaaaaaanyak... dudil dimeja makan dari lepas zohor hingga menjelang asar, pas tu sambung pulak dengan cekodok ikan bilis untuk minum petangnya... makan hangat dengan teh o hingga lupa nak amik gambo cekodok air tangan ibu...
2 comments:
harus ikan tu tinggal tulang aje, kan Kak Rose
tepat sekali tu SK.. hihi
Post a Comment