Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 17, 2021

Iftar#4 Mee udang sedap

 Asalamualaikum dan Alhamdulillah... cepat masa berlalu dah hari ke lima kita berpuasa hari ini... semuga terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini. Aamiin

menu berbuka petang semalam kak rose buat mee udang pebret ini..bila berbuka dengan menu yang berat cenggini memang nasi tak terusik la jawapnya.. walaupun tak cukup dayang2nya tapi tetap lah sedap buat kami..bawang goreng pun dah tak nampak bayang!
satu periuk beso kuah mee udang yang lemak pekat untuk menambah lemak dibulan puasa ni. walaupun dah berulang makan masih ada jugak berbaki spaghetti dan kuah ni... simpan frozenkan, entah bila akan keluar lagi pulaknya kan...resepi mee udang ada kat sini untuk yang ingin nak buat ya...
buah untuk petang semalam..yang ni pastinya habis lah disamping kurma lah semestinya
kesian sikaripap ni... tak terusik pun masa berbuka tadi... tapi Alhamdulillah habis jugak lah sudahnya menjelang sahur. karipap ni kak rose buat dan frozenkan, so tinggal nak goreng jer lah masa bulan puasa ni.. hasil dari keras tangan kak rose, saiz dan bentuk karipap memang tak kan pernah sama. besar kecik bulat longjong kudut semua ada! tak per kan yang penting sedap dan inti daging penuh, gitewww!
sayur kailan dengan carrot... menu untuk anak yang berpantang.
fillet ayam grilled juga lauk untuk yang berpantang..
ayam goreng yang sentiasa ada... anak makan masa sahur tadi, ni pun ada berbaki dua ketul lagi... makan fridge mula menyimpan segala leftover lah jadinya.
 

1 comment:

Syaz Rahim said...

left over tu kadang pening memikir masa bulan puasa hehe