Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 24, 2021

Iftar #11 tepung pelita

 Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 12 hari ini...

semalam merajinkan diri buat tepung pelita  untuk menu berbuka..dan menu yang lain dah tak rajin nak memasak sebab tinggal kami berdua jer.. so tapau jer lah yang paling mudahnya kan..en asben tapau roti john untuk berbuka tu dan setengah ekor ayam percik. Ayam tu kami meratah jer sbb memang dah tak larat nak makan nasik..yang betulnya memang tak masak nasi pun petang semalam tu. simple sangat menu berbuka kami semalam kan.. tapi buah tetap ada lah walaupun cuma betik dan apple merah. Alhamdulillah kenyang dah... sahur kami cuma makan toast dan nescafe je, yang ni memang menu setiap hari lah..
jom kak rose kongsikan resepi nak buat tepung pelita ni... buat satu adunan ni dapat lah 22 bekas kecik2 ni dan most of it kak rose tapaukan untuk anak bawak balik kerumah inlaw dia sebagai buah tangan.. harap2 derang suka lah dengan kuih ni...resepinya... 

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

 

No comments: