Roti Jala
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau
nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke
dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala
menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan sekejap. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
No comments:
Post a Comment