Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 23, 2021

Ikan siakap tiga rasa lagiiiii

Buat lagi dan lagi dan lagi... ni lah ikan siakap yang kak rose gandingkan dengan lauk semalam untuk tetamu yang datang tu... masakan paling mudah dan resepi pun sentiasa ada kat dapo kan... apa pun kita yang buat dia, so guna jer lah apa yang ada kan.. walaupun dah banyak kali kak rose tepek resepi ni, kali nak jugak lah letak kat dapo maya ni... buat kenangan nanti2 kalau dah tak rajin lagi nak mengupdate dapo ni.. boleh gitu?

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi