Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 29, 2018

Ubi ungkep

ha ha ubi lagi...

 ya lah nak menghabiskan 3 kilo ubi, macam2 resepi boleh masak... tapi kak rose buat pun sikit2 jer sbb cuma dua molot jer yang makan ubi kat rumah ni... kalau bagi kat anak, ni makanan zama jepun katanya. Adoilaaaa anak... tak tahu ke ubi ni dah jadi macam makanan rare, sbb orang2 lama jer yang sukakan ubi agaknya kan? lepas buat lepat kak rose buat pulak ubi ungkep ni. ada jugak yang kak rose goreng gitu jer makan cicah dengan sambal kicap, sedapnyaaaa buat tekak jawa johor kak rose ni!

meh akk rose tepek resepi ubi ungkep ni... resepi untuk 1kg ubi, jadi pandai2 lah nak mengadjust kalau cuma nak buat sikit jer macam kak rose ni.. so resepi ni sebagai panduan jer lah ya.

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api