kak rose kongsikan kat sini resepi jelatah mudah dan sedap ni...
Bahan-bahan ( 5~6 )
- 1 biji nanas yang masak
- 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
- 2 biji carrot(optional)
- 1/2 labu bawang besar
- 2~3 biji lada besar(merah)
- 120ml cuka makan
- sedikit gula dan garam ikut rasa
Cara-cara
- potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
- carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
- campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
- sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
- tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik.
- tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.
1 comment:
atototo comey carrot. usually kalo jelatah CT amek timun n nenas je. bawang tak makan hahaha..
Post a Comment