Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 24, 2018

Hari Raya korban kami...


Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari....



 kisah hari raya korban dikawasan perjiranan kami disini, setelah usai solat dan khutbah aidil adha, diadakan sedikit jamuan dikawasan mesjid dengan juadah hari raya nasi impit dengan kuah lontong, lemang dan rendang, kuih muih dan jugak mee dan mee hoon goreng.. tapi lepas jer solat tu kak rose terus balik sbb dah sediakan juadah raya kat rumah... so bekpes kat rumah jer...  seawal 9.30 pagi gerak pulak ke mesjid semula untuk gotong royong ibadah korban....

 salah satu dari 10 ekor yang bakal dikorbankan...

 semua berkerjasama... memudahkan kerja penyembelihan.

 setiap ekor lembu ada grup memasing untuk melapah dan selesaikan menimbang, membungkus dan kumpulkan dipusat pengumpulan untuk agihan kemudian.. sebelum pukul 1 tengahari, semua dah selesai dengan agihan untuk semua... terima kasih semua.

encik mc yang bertugas... tegas dan clear arahannya! memudahkan semua kerja.


 kaum emak2 sedang rewang... 

dibahagian dapo lak...

 baru nak stat...  ikut arahan ketua tukang masak jer

 orang kuat didapo semua ni...

 seperiuk beso daging masak kicap yang dah hampir siap..

dua periuk beso sup tulang menunggu empuk...  bila ramai2 rewang dan saling bekerjasama, sebelum zohor semua dah siap dan dah dapat menikmati hidangan yang dimasak bersama nasi panas2.. Alhamdilillah semua dipermudahkan, selesai sudah ibadah korban dan gotong royong kami dihari raya Aidiladha.

2 comments:

Norlaili A Wahab said...

selamat hari raya haji. SubhanAllah sedapnya lahai nampak sup tulang tu :)

Siti Yang Menaip said...

seronok rewang ramai2.. cepat kerja siap riuh rendah tak bosan =)