Asalamualaikum dan selamat pagi semua... cepatnya masa berlalu, august pun dah menjelang... dan bulan ni genap tiga tahun bapak kesayangan meninggalkan kami dan pada awal oktober nanti genap setahun pulak emak pergi dijemput Ilahi meninggalkan kami adik beradik... Al-Fatihah buat keduanya... dan air kedondong yang kak rose buat ni sungguhlah nostalgia kerana buah ni kak rose amik kat kampung...sejak peninggalan kedua arwah, semua pokok keliling rumah seakan berbuah tanpa hentinya...
buah kedondong ni diantara yang lebat berbuah walaupun tanpa penjagaan kerana tiada siapa yang tinggal di rumah peninggalan arwah tu... durian juga berbuah dengan banyaknya, pokok pisang, kelapa, nangka, cempedak... semuanya rezeki untuk siapa saja yang lalu depan rumah arwah tu.. semuga berpanjangan sedekah arwah berdua...
terima kasih arwah emak dan bapak yang tinggalkan untuk kami semua ni...dan kasih sayang yang tak terbalas nilainya. Al-Fatihah untuk keduanya... dan jus kedondong bersama asam boi ni jadi bertambah lah sedapnya dengan kenangan yang manis sepanjang masa bersama keduanya.
No comments:
Post a Comment