Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 14, 2018

Serawa sagu nangka

 Asalamualaikum dan salam selasa yang panas berbahang... cuaca yang panas cenggini memang sedap kalau dapat menikmati something yang sejuk2 dan sedap2 yang pastinya... teringin sekali nak makan cendol dengan ice parut tu, tapi tak de sapa lak nak pergi tolong belikan... so tukang masak dirumah ni pun kodek2 fridge dan tu dia.... buah nangka yang kak rose bawak balik dari kampung masih keras kejung dalam freezer.... jom lah jadikan serawa sedap ni, boleh jugak untuk menu minum petang kan...

 Bahan-bahan:
 
150gm sagu
Air secukupnya
1/2 cawan gula putih
1 sudu besar gula
1 mangkuk santan kelapa
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:
1. Basuh dan toskan sagu.
2. Rebus air hingga agak mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang.

4. Tapis dan lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan dulu
5. Masakkan santan dan gula bersama daun pandan hingga mendidih. kacau selalu

6. Masukkan semula sagu tadi
5. Masukkan hirisan nangka. Kemudian masukkan gula
6. Kacu sebati. Sila adjust kemanisan ikut selera anda. 

 
tu dia... satu tipuware besar nangka yang keras kejung baru keluar dari freezer. ade baki lagi, kena tanya cik google resepi apa lagi yang boleh buat dengan nangka yang dah beku ni... nak makan gitu jer rasa macam dah tak fresh pulak.... adehhhh

No comments: