buat sendiri memang puas hati sangat dengan resepi ni... dan yang bestnya boleh taruk ayam dan cendawan banyak2, tak payah nak blend, biarkan ayam dan cendawan chunky dalam sup tu... bila makan tak la terus slurppp jer... ada jugak isi dalam tu nak kunyah kan... suka sangat dengan resepi ni dan selalu akan buat lebih2 untuk menghirup jer instead of cicah dengan roti ni... terima kasih pada yang kongsikan resepi ni ya...
Sup Cendawan Berkrim
100 gram cendawan butang jenis segar (kak rose guna yg dalam tin jer)
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley - untuk hiasan (kak rose gantikan dengan daun pudina)
sekeping dada ayam - cincang halus
sedikit dried oregano - yg ni kak rose tambah
Cara Membuatnya :
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. masukkan ayam cincang, tumis hingga masak baru Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil. **Masukkan ayam cincang dan tumiskan hingga bertukar warna baru masukkan tepung.
Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula. (kak rose omit yg ni, suka yang ade chunky ayam dan cendawan dalam sup tu)
Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.
(kak rose masukkan dried oregano)
suka dengan sup yang ada chunky meats n mushrooms dalam tu... lagi banyak lagi suka la kak rose... tamak sungguh kan!
3 comments:
sedapnyer...
alahai... terasa keenakkannya... nyummyyy
saya amik resepi ye..tq
Post a Comment