pertama kali pergi makan kat kedai mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang ni...hari ahad lepas semasa balik dari KL, teruslah kami singgah kat sini.... punya la ramai pelanggan dia, kereta berderet2 paking kat tepi jalan... so kena lah jalan jauh sket sebab penuh kereta sepanjang jalan tu... hari2 macam ni atau pun sebab hari minggu tak tahu la pulak... tapi memang ramai sangat pelanggannya. tapi service cepat jer, mungkin sbb staff yang ramai dan mungkin jugak kuah tu tentulah dah masak awal2 la kan...
the list of menu... kak rose order kue teow udang special dan en asben punya mee udang special... nampak macam sket jer kue teow tu, tapi bila makan memang terbuntang nak abeskan... dan udang tu nampaknya sekor jer yang beso, dan 4 ekor lagi sedang2 jer saiznya... dan selain mee/kue teow tu the additional dalam tu cuma beberapa jurai kubis yg disagat halus dan digarnish dengan daun bawang dan bawang goreng... nothing else. ke memang cam tu jer menunya. no sayur nor telur rebus?
dan list menu untuk minuman... kalau datang ramai2 boleh order yang dalam jug, boleh minum sampai puas!
waktu berniaga... kawan2 kalau nak g masa cuti sekolah boleh la plan dari sekarang kan..
selalu jugak buat sendiri mee udang ni... macam2 kita taruk dalam tu, bila makan kat kedai semata mee dan udang rasa macam ada yang tak cukup...ishhhhh!!!! kak rose ni kan, lain kali buat sendiri jer... taruk lah segala mak nenek fish cake, fish ball, telo rebus n sayur2 tu!
No comments:
Post a Comment