Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 12, 2016

Puding roti dan epal

 kes tak mo membazir la ni... roti dah nak tamat riwayat dan kesian kan apple yang  duk betapa dalam fridge... meh la transformkan keduanya jadi juadah minum petang yang mabeles.. resepi dari Ros SinaranMenu, tapi biasalah kak rose ni kalau menderhakan resepi... bukannya memandai tapi ikut bahan apa yang ada dalam fridge kita la kan... kekacang yang ada, gajus dan badam, so taruk jer la gantikan walnut tu...

 resepinya..... mekasih ya Ros...

Bahan-bahannya * 4 keping roti * 4 biji telur * 3/4 cawan susu segar * 1/2 cawan gula perang (boleh kurangkan sikit jika tak suka manis) * 2 biji epal hijau dipotong dadu * 50 gram kacang pecan/walnut dicincang kasar (kak rose x de, gantikan ngan badam n gajus) * secubit garam * sedikit butter * serbuk kayu manis

Cara-caranya
1- Pukul telur bersama susu,gula garam dan vanilla hingga gula hancur dan ketepikan.
2- Sapu butter pada ramekins hingga rata.Letakkan sekeping roti didalamnya
3- Tabur potongan apel dan pecan/walnut keatas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan keatas roti).
4- Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan pecan bagi lapisan kedua.Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh.Taburkan serbuk kayu manis keatasnya.
5- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit.(Boleh gunakan foil untuk menutup permukaan puding seteah separuh masa memasak jika takut pecan/walnut hangus.)
6- Gunakan lidi penyucuk untuk menyucuk bahagian tengah puding bagi memastikan puding masak sepenuhnya.
7- Biarkan puding sejuk sebentar.Puding boleh dipotong setelah agak suam bagi memastikan air dari epal tidak meleleh keluar.
Nota:Pudding ini juga boleh dikeluarkan secara sebiji dari acuannya setelah betul-betul sejuk .

 
nikmati hangat2 bersama dengan secawan nescafe o tanpa gula... heaven!

3 comments:

Baayah Adnan said...

Rajinnya.

Baayah Adnan said...

Rajinnya.

OBAT GASTRITIS YANG SUPER AMPUH said...

Memang Sangat Lezat Sekali Masakan Mu Chef . Jadi ngilir aku liat nya jadi lapeeeeeer aduuuuuh.... http://goo.gl/jwkjIU