Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 17, 2016

Angel hair goreng pedas

 spaghetti goreng pedas yang tak berapa pedas... saja jer buh nama cam tu sbb nampak merah macam lah pedas sangat kan... uishhh!!! tipah tertipu gamaknya... kak rose ni kan tak tahan pedas, jadi nampak kaler merah tu kira pedas dah la...resepi pun main belasah jer, bila dah lapo dan nak cepat je dapat ngap, apa saja yang ada kasi masuk dalam itu goreng spaghetti la... actually kak rose ikut resepi angel hair goreng tomyam tp disebabkan pes tomyam nan hado, so gantikan dengan cili sos jer.. asalkan kenyang perut je...

Bahan-bahannya :-)
 
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose gantikan dengan cili sos)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( lupa nak tabur daa....)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Sedikit brokoli yg dicelur
Minyak zaitun untuk menumis

Cara :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan sos cili, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. masukkan jugak brokoli yg telah dicelur tadi. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

1 comment:

hainom OKje said...

Bila buh brokoli tu jadi nampak mahallah hidangan tu. Gambar cantik sure rasa pun sedapkan....