Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 1, 2016

Bubur biji delima



Asalamualaikum dan salam August.... cepatnya masa berlalukan...tak sedar bulan julai dah berakhir dan selamat datang August pulak.. kiranya bubur biji delima ni kak rose buat bulan lepas la dah aka minggu lepas... selepas dapat makan yang my SIL buat tu, bila balik rumah terus soh cik google carikan resepi ni.... sbb masa my MIL terangkan camner nak buat tepung untuk biji delima memang tak terbayang cam ni la cara buatnya..dan sangat berterima kasih pada Ita masammanis kerana resepi dan step by step nak buatnya... tapi 1st time buat ni macam ada yang kurennng jer sbb mungkin kena nipiskan sikit tepung untuk dapatkan texture yang lembut kenyal instead of kenyal n a bit keras. muga ada kerajinan untuk cuba lagi di lain kali.... harap harap lah! jom cek resepinya...

1 cawan tepung ubi
sedikit air suam
pewarna merah
**** tang air suam tu agak konfius sket la kak rose... adakah air suam2 panas or air masak saja... so untuk ni kak rose guna la air air panas+air masak=jadi la suam2 gitu. betul ke cam tu?

Satukan tepung ubi dan air suam dan gaul sebati. Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlau pekat. Tepung ubi bila campur air dia tak jadi doh ya, tapi jangan risau asal tidak terlalu cair adunan tu ok!
Sediakan kitchen tisu. Buat dalam 4 lapis tisu. Alas bawahnya dengan plastik
Tuangkan adunan tepung beras atas tisu, supaya airnya cepat meresap di tisu dan tepung cepat kering.

Biarkan sebentar, agak macam kering sikit boleh lah sapukan pewarna di atas permukaannya
Kemudian biarkan kering sebentar dan kemudian di potong memanjang
Masak air dalam periuk hingga mendidih
Kemudian potongkan atau gunting tepung tadi serong
Biarkan ia masak
Bila dah timbul tu tandanya dah masak

Sediakan air air secukupnya ( air peti ais pun boleh)
Angkat atau senduk keluar biji delima tadi dengan tapis atau sudip yang berlubang
Masukkan dalam air ais
Simpan dalam peti ais sebentar

 gigih pergi ke Rope Walk untuk beli buah nangka ni... 3 ulas for 3 hengget!

Bahan Santan

1 kotak santan KARA
2 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
secubit garam

Satukan semuanya dalam periuk dan masak sambil senantiasa di kacau hingga didih
Bila didih aje terus tutup api


Untuk sirap gula anda boleh pilih nak guna sirap gula atau sirap gula Melaka. Ita hidang bersama sirap gula Melaka

Bahan Sirap Gula

1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut
Bila dah larut, angkat dan sejukkan

Bahan Sirap Gula Melaka

1 cawan air
1/2 cawan gula Melaka atau gula Merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut
angkat bila masak dan sejukkan
Cara Menghidang

Butir biji delima secukupnya
Santan
Sirap gula Melaka atau air gula
nangka masak ~ di hiris memanjang atau di dadu
Isi kelapa muda

Letakkan Biji delima dalam mangkuk atau gelas
Letakkan nangka dan isi kelapa muda
Tuangkan santan dan sirap gula
Jika suka dingin boleh letakkan ketulan ais
Sedia di hidangkan
dapat nikmati bubur buji delima sejuk2 diwaktu cuaca panas membahang ni memanglah heaven... kak rose campurkan dengan buah kabung dan nangka madu.... slurpppp

3 comments:

Nasa Mulia said...

Sedapnya kak untuk buka puasa nie..

Rizziela said...

oo sedapnya.. ingatkan buah yg merah tu.. selalu makan kat kedai Redwork...huhuhu..ruupanya tepung aja

Unknown said...

Ooo.. Sy ade tnye kwn.. Mana nak cari sagu delima a... Dia kata ade je jual kat kedai... Duk cari xdo pon huhuhu rupenyaa tepung hurmm