Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 29, 2016

Lempeng nasi

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua.... sarapan apa pagi ni agaknya ya, atau ada yang berpuasa sunat, Alhamdulillah... semuga terus istiqamah melakukannya... tapi kak rose tak rajin nak buat... so kena sediakan sarapan lah... jom kita makan sarapan style kampung kak rose ni... sebenarnya untuk nak elak pembaziran jugak ni... kalau ada nasik lebih2 tu boleh la buat lempeng cam ni atau pun buat apam beras pun sedap gak... tekak kak rose ni semuanya sedap lah....

resepi dari blog CMG, kak rose kongsikan kat sini pulak ya... mekasih Mat

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
gambar lama yang kak rose pernah buat dulu... saja nak tepek kat sini semula....

Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Sama pulak entri kita hari ini kak rose..
Kisah lempeng..
Saya lempeng menjadi Kelongsong Gandum..
yang kak rose panggil lempeng pekak tu :D

adarnadzmie said...

saya pun kemarin bekfes lempeng tepung tapi saya cicah serawa durian... sedapppp

saya amik resepi lempeng nasi ye... tq

Mila@Rimbun said...

wahhh Nampak sedap ni, bleh kurangkan nasi sejuk, less gluten jika dibandingkan dgn guna tepung gandum jer

adda syuhada said...

sy suka..sy suka..