Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 5, 2016

Kek marble kopi susu

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.... pagi2 nak tepek kek marble yang simple, sedap dan moist yang kak rose buat masa open house raya hari tu... dan sebelum ni buat jugak untuk bawak balik kampung rumah MIL, buah tangan untuk hari raya selain dari cookies jugak... tak sangka ramai pulak yang menyukainya combination susu dan nescafe tu... tuan tanah pun makan berkeping2 sambil menternak lemak dengan jayanya... meh kak rose kongsikan resepinya, dari annaqawina, mekasih ya.

KEK KOPI SUSU
Saiz loyang : 8½ inci x  4½ inci (loaf pan/bulat 7inc.)

Bahan A - di ayak
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
Bahan B
  • 1 cawan mentega
  • ½ cawan gula - boleh kurangkan jika tak suka manis (k rose kurangkan 1tsb)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • 3biji telur - Gred A
  • 1 sudu besar serbuk kopi atau nescafe - di bancuh dengan 1 sudu besar air panas
Cara membuat :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas.
2. Ayak bahan A dan ketepikan seketika.
3. Didalam bekas yang lain, masukkan mentega dan gula pukul hingga gula hancur. Masukkan pula telur satu persatu dan esen vanilla sambil di pukul lagi.
4. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan pukul sekadar adunan bercampur dan sekata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan salah satu dengan serbuk kopi yang di cairkan tadi.
6. Tuang adunan di dalam loyang dan corakkan mengikut ikut kreativiti masing-masing. Bakar dengan api 150'c selama 1 jam atau sehingga masak. Setiap oven berbeza di antara satu sama lain dan sila tetapkan suhu oven anda mengikut kesesuaian.

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Nampak sedap kak rose..
Tapi tu lah..
Banyak sangat M kat badan ni..
lagi2 nak buka ovan tu :P

anyss said...

Assalamualaikum,
sedapnyaaaa!
mana nak cari ni...malasnyaaa nak kepuk

kasihredha said...

salam kak
sedapnya nasi goreng tu
rindu nya nak baca your entries