Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 12, 2015

Tepung pelita

 lama rasanya tak buat kuih tepung pelita nih.... sejak pindah ke Penang ni memang jarang sangat buat kuih untuk makan2 sambil gebang2... masih rindu dengan suasana di shah alam, bila petang khamis jer pasti sibuk sediakan kuih untuk buah tangan mengaji Al-Khafi setiap pagi jumaat.... tapi kat sini tak de dah tu semua, cuma kak rose teruskan dengan mengaji tu walaupun sorang2, hanya bertemakan tab saja... tanpa ada makan2 n gebang2! rindu sangat moments itu!

 so hari ni bila ada jemputan untuk sambut birthday anak kawan kat sini, kak rose pun buatlah tepung pelita ni untuk buah tangan majlis tu.... tapi tidak la kak rose buh dalam gelas ni... sbb bekas comel2 tu tak cukup, gelas kecik2 ni pun jadi mangsa la... sebenarnya kak rose ada beli satu pack yg 100pcs tu semasa nak berpindah ke sini, tapi tu lah bila cari semedang tak jumpa.... masih banyak kotak barang pindah yang tak berusik, tak terbukak... dan bekas plastik ni entah dalam kotak yang mana pun tak pasti....

 resepi dari yani@Myr, memang serasi betul dengan resepi yang ni...

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

tepung pelita dalam bekas kecik2 sedang bertapa dalam fridge... buat dua adunan dan yang ni kak rose bawak untuk jamuan majlis harijadi anak kawan...

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap tengok tepung pelita tu.. tak pernah buat sendiri kak rose.. beli ajer kat pasar malam jer :)