Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 26, 2015

Kuih apam manja

 apam manja? rasa cam pelik jer nama kuih ni kan.... lama dah mencari resepi kuih ni, pernah makan masa duk langkawi dulu... selalu beli kat pasar malam pekan Kuah... comel2 dan sedap sangat berintikan kelapa manis.... kecik2 secoet sangat, jual 10 ketui for 1 hengget... makan 10 ketul pun rasa tak puas...dan semalam terjumpa lak resepinya... terus lah nak mencuba....buat satu adunan ni punyalah banyak dapat, tu pun kak rose buat slightly beso2... kalau kecik2 n comel2 tu tentulah lagi banyak dapatnya kan...

kak rose jumpa resepi ni kat sini dan barulah tau nama kuih ni... kenapa manja tu jadi tandatanya jugak... mekasih kongsikan resepinya ya.. lain kali boleh try dengan inti kelapa pulak...

BAHAN-BAHAN UTK KULIT
1 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.

 

BAHAN UNTUK INTI:

1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarnacara
Sedikit esen vanilla
cara:

satukan semua bahan tapis
dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard)

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nampak lagi manja apam ni kak rose..
Jika dapat masuk mulut saya seketui tu :)

waseem said...

good looking blog nice achivement

bil bil said...

resepi kuih