Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 16, 2015

Home made ice cream

selama ni teringin nak buat ice cream home made ni, tapi macam tak yakin jer boleh menjadi... tapi kalau kita tak cuba mana tau jadi ke idok kan.... so dengan bahan2 yang sedia ada kat dapo, gigih lah mencuba buat sendiri ice cream ni.... berkali2 check freezer nak tunggukan dia untuk 2nd belnd tu....asik masih cair jer, bila lama2 sudahnya lupa jugak.... dah keras kejung baru nak blend lagi sekali. so pepandai la.... biarkan sekejap dan blend sekali lagi.... huh! jadi jugak sudahnya home made chocolate ice cream.... cumanya lupa nak masukkan chocolate chips dalam blender, tu yang bertabur kat atas jer... gasak la labu!!!! kita yang buat dia kan! tq kawan kongsikan resepinya ya.

resepi dari sini
Ice cream Chocolate Chips
Bahan2:
  • Coffeemate
  • Susu Coklat
  • Milo (sket jek..tu pon kalau nak bagi more choclatey)
  • Chocolate chips
 Caranya:
  • Sukat 1 mug coffemate and 1 mug susu coklat.
  • Masukkan dua-dua tu dalam blender korang, letakkan sedikit milo. Then blendkan..
  • Masukkan dalam bekas and letak dalam freezer.
  • Sebelum dier keras betul, keluarkan and masuk balik dalam blender and campak kan chocolate chips sebanyak yg korang nak..then blend. Masuk bekas, letak balik dalam freezer..siap
 tabur colourful chocolate rice dan sedia dinikmati dihari yang panas ni.... sedap! mangkuk ice cream yang comel2 tak jumpa pulak.... entah dalam kotak mana la agaknya...tak daya nak selongkar kotak yang belum dibukak sejak pindah ari tu.... dalam mangkuk sup pun boleh la kan?

2 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Tangan kut dah jonih bebodung tu.. buek apo pun sumo eh menjadik..

Anonymous said...

Nampak sedapnya ais krim buatan Kak Ros.
Tapi bagi saya makan ais krim lepas itu kena minum air panas supaya badan tak terlalu sejuk nanti sakit batuk. Bila tanya herbalist dia kata makanan goreng(pan fried/deep fried), oren dan telur juga perlu dielakkan kalau ada batuk & berkahak.