Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 2, 2015

Buat lagi dan lagi....

 buat lagi dan lagi creamy chicken soup ni.... sedap dan berbaloi2 kalau buat sendiri kan. dan boleh makan berulang sampai kenyang. kalau makan kat kedai pun boleh menambah2 dan berulang2 asalkan sanggup membuat lubang yang besar kat poket tu... apatah lagi dengan adanya gst lagi. so lebih elok la buat sendiri dan makan dirumah sampai puas! itu kak rose lah, bukan kedekut tapi satu langkah berjimat cermat kan!

 dan kali ni kak rose merajinkan diri buat garlic spread untuk sapu pada roti tu.... lagi bertambah umphhhh bila makan cicah dengan creamu soup ni. kak rose kongsikan resepinya kat sini ya...

GARLIC SPREAD
Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

Ingredients:
50 g Salted Butter
3 Garlic- grated
2 tbsp Coriander leaves  (chopped)  - tun letak oregano (kak rose pun)

Method:
Bring butter to room temperature.
Mix everything together.
Can be stored in the chill tray for up to one week.

makan untuk dinner sampai kenyang. mekasih Tun Telani yang kongsikan resepi sedap ni.

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose.. nak cuba juga sebab anak2 suka sangat.. buat sendiri boleh buat banyak.. kita copy paste resepi ye :)

Nani said...

saya pun nak cubalah buat sendiri lepas nie...anak2 saya semua suka chicken soup nie...

Kak Rose said...

Silakan Yati... mmg berbaloi buat sendiri, bpleh makan sampai pengsan!

Kak Rose said...

Nani, mudah kan buatnya dan bahan2 pun selalu ada kat dapo jer!