Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 28, 2015

Pulut+sambal tumis ikan bilis

 jalan2 kat blog GeeHut ternampak lak pulut tanak makan dengan sambal tumis... mata dan tekak ni memang tak leh nampak yang sedap2 cenggini.... hendak saja nak merasa.... nasib baik lah ade bahan didapo, walaupun cuma gunakan santan serbuk, asalkan dapat melayan tekak yang teringin nak makan pulut ni.... ada jugak digandingkan dengan telor rebus, so kak rose pun ikut jer la cam Gee buat.... sedap lak tu!

tapi yang ni kak rose kukus pulut tu cam biasa... Gee, kak rose kopi resepi sambal tu ya... mekasih, sedap dan bilis tetap rangup dalam sambal tu...

Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis - dibersihakan dan goreng garing

Bahan dikisar
4-5 ulas bawang merah
1 mangkuk cili kering
Garam, gula
Sedikit sos tiram
minyak

Panaskan kuali dan masukkan minyak.  Tumis bahan yg dikisar sehingga naik baunya.  masukkan garam, gula dan sedikit sos tiram.  Biarkan sehingga garing dan naik minyak.  Masukkan ikan bilis yag sudah digoreng garing tadi.  Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut tanak.
 
*** kak rose biarkan sejuk dulu sambal tu baru lah masukkan ikan bilis.... tetap rangup krup krap dalam sambal tu!

7 comments:

Torviewtoronto said...

looks fabulous

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Telan air liur laju-laju saya ni kak rose..
Bila kak rose tulis.. krap krup rangup ikan bilis mkn dgn pulut tu..
Kalau kak rose kat shah alam lagi..
Saya dah muka tak malu.. ketuk pintu rumah, minta semangkuk :)

Gee® said...

Waaa.... sedap kan maakan pulut sama sambal ikan bilis...

Kak Rose said...

Torviewtoronto, the looks n the taste too!

Kak Rose said...

Yati, mengulang makan pagi tadi pun masih rangup lagi ikan bilis tu...

Kak Rose said...

Gee, mekasih bagi idea masak2... tq tq

emma said...

Salam Kak Rose, nmpk pulut tu mcm sedap aja. Saya suka pulut tanak sbb lbh lembut tp hubby plk suka kukus he3 mcm2 kepala nak ikut. Sambal tu tak tau plak bubuh sos tiram mesti sedap kut...tq Kak Rose sbb bg tips sambal.
Nk tanya sikit bgmana nk goreng bilis bg lama tahan rangup..