Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 21, 2015

Buah melaka

 Buah melaka untuk minum petang semalam.... dah berkali2 buat, tapi tak pernah jemu dengan kuih mudah ni... walaupun hari tu terperanjat dengan harga tepung pulut...5.90/500gm, belek2 macam tak percaya, tapi itulah rega yang tertera di price tagnya! cuma kak rose tersilap sbb tak amik gambar pada price tag tu...dan baru ni bila g thailand, sepeket 500gm tu baru 16bath... about rm1.90 cam tu... so amik lah lebih sket untuk stok bulan posa nanti....



Bahan2 (dalam 20 biji)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  • 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
Caranya
1.  Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.   Setelah itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.   Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka. Selamat mencuba

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ye kak rose, saya pun terperanjat bila beli tepung pulut pd hari ahad tu... Harga naik, pada Hal kedai runcit biasa tak kan ada GST kan.....

Sama pulak entry kita, tapi saya onde-onde labu ;)

Kak Rose said...

kata mentri tu la leh nak pakai kan...yg zero rated barang pun sama naik harganya!