Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 24, 2012

Mee udang

mee udang emergency.... nak buat tapi x ada sayur hijau, yg ada stok cuma brokoli n kubis je, x kan nak buh dalam mee udang kan... kang lain lak rasa. so mana yang ade dalam fridge je la, jadi taruk je daun sup atas tu untuk hiasan... kita yg buat dia kan, pandailah nak ngejasnya... resepi dari ros jintanmanis, mekasih ya... penah buat lama dulu kat sini ...  kak rose kongsikan sekali lagi resepinya.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna 1/2 pack spagetti angel hair)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( x de sayur hu hu hu)
2 biji telur rebus
bawang goreng


Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

6 comments:

suri solehah said...

K.rose...kalau dulu terliur sbb preggy...skrg ni..terliur sbb pantang pulak kak...hehe..sedapnya nampak udang besar2 gitu.

azieazah said...

Saya suka udang! Saya suka udang!

Nooriah Abdullah said...

wah kak Rose nasib baru siap berbuka masih kenyang kalau tak mmg kena serang semua udang2 tu heee

Kak Sam said...

Kita yang buat dia kak. Jadi masukkan apa yang ada je. yang penting air tangan sendiri mesti sedap.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose.Atie minta izin nk copy gambar & resepi ayam masak madu menggunakn pemanggang ajaib.
Untuk jadi testimoni Pemanggang ajaib kat FB atie ya.
Ada masa singgah la ke FB atie ya.Terima kasih K.Rose.

Marya Yusof said...

As salam Kak Rose,

Wow!!! Ni betul2 mee udang! Salam perkenalan :))