Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 1, 2012

Kuih bakar keladi


Salam November semuanya.... pantas sungguh masa berjalan kan, kejap je dah nak sampai kehujung tahun...di awal bulan baru ni kak rose nak sharekan kuih bakar yg kak rose buat bulan lepas.... he he he semalam je pun. olahan dari resepi asal kuih bakar kentang, tp kak rose telah derhakakan resepi ni dengan keladi pulak... tp mmg menjadi n sedap buat kami sekeluarga..

terima kasih pada semua yang sudi sharekan resepi kuih bakar kentang ni, dan untuk mencuba sedikit kelainan meh kita tukar kentang jadi keladi....

KUIH BAKAR KENTANG (keladi)
Source: Kak Jun, Copy: Kak Asma
sumber : Izah & K.Nor

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek (kak rose gantikan dengan 1 caw. keladi lecek)
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)


Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min


5 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

amboiiii, comelnyaaaaaaaaaaaa

Cida de' Nuanza said...

lawo kejadiannnya!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak rose...
tangan camne? dah baik tak? moga2 kak rose dah sihat ye.. :)
sedap nye binga keladi ni.. comel belako..!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! sedap makan petang hari ni kak rose.. bak sebiji :D

Qasey Honey said...

comeiiinya..tgk pon dh tau sedap kuih ni..