Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 12, 2012

Dari pisang jadila apam....

 salam pagi isnin yang cerah.... dan harap cuaca ceria ni berpanjangan hingga kepetang hendaknya. tapi mana taukan, Allah turunkan rezki air yang melimpah ruah dimusim hujan ni.. walapun musim hujan yg x berenti ni, tp musim kenduri juga sudah bermula seiring bermulanya cuti sekolah... buat kak rose, stat dari hari khamis hingga lah semalam, 4 hari berturut2 ada kenduri yg perlu dihadiri... apa lagi semuanya jiran2 setaman, so gotong royong sehari suntuk la...hari ini pulak tengah tunggu orang nak pasang built-in wardrobe kat rumah ni.... bertambah2 la penatnya! janji kul 9 nak datang, tp x sampai2 lak!


sayangkan pisang yang jiran sebelah rumah bagi ni terbiar saja, so kak rose buatla apam pisang.... lagipun rasanya sudah lama x mengapam.... makan panas2 mmg sedap n lembut sangat. meh tengok resepinya yg kak rose kopi dari blog Teratak Chetam yg sangat best ni. mekasih share resepi ya...

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) 3/4 cawan mentega dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan je... guna brown sugar!)
secubit garam


 apam pisang yg sangat gebus n moist, tp tinggal gamba jer.... abes sudah!
cara-cara

tepung gandum diayak dengan baking powder n soda.
pisang dilecek halus dan digaul dengan garam
pukul telor bersama gula, masukkan mentega cair
masukkan tepung dan gaul rata
tuangkan kedalam loyang yg telah disapu butter
kukus selama 45 minit (kak rose kukus 15 mts je sbb guna cup kecik2)

cara kak rose yg malas: masukkan semua dalam blender kecuali tepung dan blend hingga halus, pas tu baru lah masuk tepung n gaul rata.

6 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum.. kak rose.. :D
cantek plak pisang tu.. anak2 nani kalau bagi makan pisang mentah, setandan boleh habis kalau tak larang.. gile antu pisang betul diorang ni.. tapi biasa nani tak beli banyak ler.. sbb anak no.3 tu asma.. agak sensitif bila makan pisang emas or pisang2 yg seangkatannya.. boleh demam dan semput wo.. :D so kalau nak buat apa2 ngan pisang.. kena masak pisang tu.. tak boleh amik pisang mentah la maksudnya.. sekali abang & kakak dia pun nani tegah makan pisang gak.. nanti adik nak.. hehehe
sedap apam ni..cantek lak tu dlm acuan tu..

Sheila Shafeareen said...

Asalamualaikum Kak ros heee fv saya ni kuih2 yg berasaskan pisang..akk tegoda dah sayani...puas pikir nak mkn apa utk ptg ni...nak pulak ank2 buah ramai ada dirumah...mmg sdg elok akk tayang saya pun bekenan heee sat lg nak cari pisang...q kak shering resepi

Kjee said...

salam ros. Kjee nk try buat cam ni. Selalu bakar jer. Terima kasih bagi idea.

inazamri said...

tengok sgt2 gebu apam pisang tu.tinginnya nak buat

azieazah said...

Biasanya, bagi orang yang expert masak, bagi apa pun mudah saja. Kata orang, lempar-lempar pun menjadi saja.

Ohhh Apam Pisang tu menggoda!

Amie said...

Musim hujan gini dapat ngadap apam pisang tak sedar berketul2 masuk mulut... lagilah dengan minuman panas depan mata!