Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 22, 2012

Nasi goreng bunga kantan

nasi goreng bunga kantan yang tinggal gambar jer... buat ni untuk lunch semalam, tp sbb masak pun dah petang terus lah untuk dinner sekali. senang kerja dan jimat masa kan. dan yang sebenarnya adalah sangat malas nak masak2 ni. amik dinner pun sangat awal sbb lepas maghrib tu ada tukang urut nak datang rumah, sebenarnya ni kali kedua berurut. malam sebelumnya dah urut tp kejap jer, x tahan sakit suma badan kena lenyek dek ibuk tu... kuatnya tenaga dia mengurut... lebam2 badan kak rose dibuatnya!


walaupun nasik dah abes tapi nak jugak tepek resepinya kat sini, mekasih pada Noor yang sharekan resepinya ya...

Bahan2nya
1 mangkok nasi sejuk * untuk 2 orang ok,kalau untuk ramai kena tambah lah ya
4 ekor udang besar,kalau kecik pun ok tapi kena tambah sikit lah
1 kuntum bunga kantan dihiris
4 biji cili padi tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 biji bawang besar hiris
1 biji telur
sedikit capsicum dan carrot (kak rose buh brokoli n carrot)
1 sudu sos tiram
garam secukupnya

Cara nya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis lah bahan tumbuk dan bawang besar sehingga wangi,
masukan udang,capsicum dan carrot jugak sos tiram,kacau rata,
kemudian masukan telur,biarkan sebentar,jangan terus dikacau nanti telur terlalu hancuss tak sedap nasi goreng tu,
kemudian masukan nasi dan bunga kantan dan gaul rata,rasa garam nya kalau kurang boleh lah ditambah
Nasi goreng bunga kantan dah ready untuk dihidangkan taburkan sedikit daun bawang kat atas untuk kelihatan lebih menawan dan sedap dimakan heee
 
*** puas mengoogle syllabus english untuk year 3. pandai ke nak ajar budak ni?

7 comments:

JaSSNaNi said...

nani penah makan nasi goreng bunga kantan ni.. time tu anak admit kat spital serdang.. so kita ler kena jaga anak kan.. haikal baby lagi.. dia cuma dapat nestom.. mamanya dapat nasi goreng bunga kantan.. festime makan.. mmg cam makan nasi ulam ler.. bau ulaman je..

faa.rosli said...

mesti sedap ada bau bunga kantan..

faa suka bunga kantan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wanginya bau bunga kantan dalam nasi goreng tu...

Kak rose boleh ajar anak saya sekali tak untuk kelas english tu... Oh My English :P

suri solehah said...

Sedapnya badan dpt berurut kak..
Wanginya nasi goreng bunga kantan tukan kak..suri penah jugak cuba buat dulu..

azieazah said...

Kalu bab bunga kantan ni, kompom la anak-anak saya akan reject. Tu yang malas tu. Tapi saya suka.

Uncle Lee said...

Hi Kak Rose, I love nasi goreng, but never tried with bunga kantan. I think tentu very wangi ni...your nasi goreng looks sedap best. Saya suka tu udang.
Best regards, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Qasey Honey said...

QH dh penah cuba nasi ni..mmg sedap dgn aroma bunga kantan tu..
tgk nasi grg ni versi akak ni sgt myelerakan la..besau2 udangnya tu..hihi