Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 2, 2012

Amalan2 sunat dihari Jumaat




salam Jumaat penghulu hari dan kak rose nak sharekan apa yang kak rose terbaca tentang amalan2 sunat dilakukan pada hari Jumaat yang kak rose dapat dari sini. muga memberi kebaikkan untuk kita semua. Insyaallah.

AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

  Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
  Membaca Surah Al-Kahfi
  Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
  Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
  Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  Memperbanyakkan amalan bersedeqah
  Memperbanyakkan amalan sunat
  Memotong kuku kaki dan tangan
  Memperbanyakkan zikrullah
  Memakai pakaian sunnah
  Memakai wangi-wangian
  Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(HR Ibnu Majah)

2 comments:

JaSSNaNi said...

alhamdullillah..
thanks for sharing.. :D

Unknown said...

Dah malam baru dpt baca, terima kasih berkongsi.