Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 24, 2012

Pengat pisang bersama pulut

 Salam dan selamat pagi semua....harap2 ceria sepanjang hari seperti  mentari pagi ni yang bersinar terang dan muga berlanjutan hingga ke petang.... dan dengan cuaca petang yang sangat elok apa kata sediakan pengat pisang dengan pulut nih... memula tu rasa pelik lak bila hubby kata nak makan pengat dengan pulut, pas tu cubala google, mmg ada banyak versi makan pengat ni rupanya.... sllu kan makan pengat gitu jer. sedap pulak bila makan cenggini.... resepinya kak rose dapat dari sini....mekasih share ya dan kak rose mintak nak kongsikan kat sini lak....


BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg beras pulut
  • (kalau nak makan pagi,rendam beras malam kemudian kukus esoknya
  • 8 atau 10 biji pisang nangka  (kak rose guna sebiji pisang tanduk yg besoooo)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air(kalau terlalu pekat tambah air lagi)
  • 1 helai daun pandan
  • Gula sesukup rasa
  • Secubit garam
  • 2 titik perisa pisang
CARA-CARA:
  • Kukus beras pulut selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak,
  • Sementara pulut masak,satukan semua bahan untuk masak pengat pisang di atas
  • Masak dengan api yang sederhana besar,kacau selalu supaya kuah tak berketul
  • Bila semua dah masak,masukkan pulut dalam mangkuk dan tuang pengat di atasnya...makan masa panas-panas lagi sedap...

9 comments:

Asyifa Mustaffa said...

huhuhu.....kecur air liur sudah....sungguh mengiurkan! !!!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
sib baik dah bekfes roti canai tadi.. kalau tak tak pasal2 jilat screen ni.. :P sedapppnyaaaa...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduhh berpengat pisang dengan pulut lagi kak rose kita ni... hulur semangkuk boleh :D

Kak Rose said...

Asyifa...satu kelainan...cubalah buat.

Kak Rose said...

Nani, sabo2... ada masa nnti leh la buat ya.

Kak Rose said...

Yati, nak hulur pun tinggal mangkuk jer... isinya udah abes!

~~zana@pb~~ said...

hadoiii...nape la tyg mknn mcm ni? Buat kita terlior je....nak buat la (esok carik pisang)

Marsita yahya said...

sedappp nampak...

azieazah said...

Pulut tu kukus tanpa santan lagi dah ya? Lebihkurang macam pulut tanak la ya?

Perhhhh tak pernah lagi saya tengok menu camnih. Nak try!