Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 2, 2012

Adoyaiiii.... My CTS

ni la dia result yang buat nerve test minggu lepas tu... mmg conform CTS - carpal tunnel syndrome. result yang kak rose sangat x suka... x tau sampai ketahap ini. bila pagi ni jumpa dr tu katanya.... kak, ni x de ubat, kena operate jugak! sambil gelak2 jer dia! wah terperanjat beruk kak rose dibuatnya.... ingatkan ade la ubat or buat physio jer tp terus dia suggest buat minor operation sbb kalau dibiar lama nnti boleh jadi paralysed nnti.... ishhhh doktor ni buat takut jer kan... padahal kebas hujung 2 jari tu je.

operation ni cuma mengambil masa lebih kurang 20 mts jer katanya, tp masaalahnya x leh kena air selama 2 minggu. bila kak rose tanya camner dengan semayang kita? terus dia kata tayamum sambil gelak2 lagi.... adoiiii!!! doktor ni, kita dah dup dap dup dap cam nak nanges dia boleh gelak2 lagi... sebenarnya sekarang ni x sakit pun, cuma rasa x selesa sbb kebas hujung jari tengah dan ibu jari tu la... kalau x nak buat operation boleh x? ada kawan2 yg punya masaalah cenggini x, boleh la share dengan kak rose camner nak ilangkan kebas2 ni...

dan ni la, terus booking untuk admission on the Oct 16.... tp dr tu kata kalau berubah hati nnti boleh bagi tau... camner nak baik, ubat pun x dak....harap2 boleh ilang sendiri so x yah nak kena potong bagai kan...adoyaiiiii!!!! takut.

balik dari sepital tu singgah kat sini untuk hiburkan hati la kononnya.... rojak ss15 subang jaya di sek 15 shah alam.... apa punya coincidence tempat dia nak niaga kan...

 
tapau je, makan dirumah.... kalau kat ss15 tu lagi best, makan sambil gebang2 bawah pokok ditepi jalan...hati manyak susah tp makan tetap mau je!

15 comments:

Marsita yahya said...

Salam,
Kak Rose ni kelakar ke orgnya yang doktor tu boleh gelak-gelak lagi... tapi apa2 pun hrp semuanya akan ok lah ya..

bintangjauh said...

Salam Kak Rose,

"hati manyak susah tp makan tetap mau je"... Kak Rose pandai berseloroh kelakar sampai tayang itu rojak lagi..
gimana pun, Ratna berharap Kak Rose akan mengambil keputusan yang sebaiknya dan akan cepat semboh, serasa risau juga Ratna dengan perihal sebegini rupa! Sayang dengannya Kak Rose, sesungguhnya Ratna begitu menghargai perkenalan ini dan nanti pabila berada ditanahair pasti Ratna bertemu sua dengannya Kak Rose... takut sekiranya apa sahaja yang mencemaskan hati Ratna dan berharap sangat Kak Rose akan terus tetap meperagakan segala bagai masakan seperti setiap hari sebagai penawar rindu Ratna disini..

Jaga diri baik-baik ya Kak Rose, dan salam manis semanis madu.

Mat Gebu said...

Salam kak rose...huhu, tulah kan doktor ni, kita dup dap dup dap, dia gelak2...hahaha (err..maaf tergelak pulak.)...apa2 pum moga semuanya dipermudahkan yea...

Nor said...

salam kak rose. sedihnya tgk result kak Rose tu. ehh..doctor mmg mcm tu, rileks je...kita yg menanggung suspen ni dia tak tahu.
mak saya pun ada masalah kebas2 hujung jari dulu, 2 tahun lepas. mak kata dia ada buat rawatan 'celup lilin' kat hospital. lupa dah camne prosedure nya, nanti nak tanya mak balik semula. kata doctor sbb mak byk kolesterol.
moga kak Rose dipermudahkan Allah dan tabah menghadapi dugaan ini.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam Kak Rose..

Saya pun dulu doktor suruh buat pembedahan kecil tapi saya tak nak.. saya guna krim Auralife dan minum madu khaula. Alhamdulillah dah hilang kebas-kebas tu Kak Rose. Nanti saya tunjukan imej krim Auralife tu ye..

Kak Rose said...

Marsyita, harap2 begitu la.

Kak Rose said...

Ratna, sebenarnya nak tenangkan hati yg dup dap tu.. harap semuanya dipermudahkan hendaknya..

dan nanti boleh tayang masakan kampungan kak rose lagi!

Kak Rose said...

Mat, kak rose gelak dalam sedih ni taw!

Kak Rose said...

Nor, ada jugak dengar rawatan yg cam tu... tp kak rose punya ni nerve dah sumbat, jadi kenalah betulkan terowong tu kata doktor kelakar tu!

Kak Rose said...

Nur Hayati... nak gak tengok ... dah google tp x tau yg mana satu image cream tu... banyak kosmetic jer

adriea said...

akak rasa kebas kat jari mana kak? tangan or kaki? semoga semuanya dipermudahkan ye kak..

Anonymous said...

assalam,cuba akak buat rawatan cara bbekam lak.insya'Allah berkat cara rawatan sunnah Nabi sembuh dgn izin-Nya

Kak Rose said...

adriea, kebas hujung jari tangan... jari tunjuk n ibu jari jer.

Kak Rose said...

Anon, tq for ur suggestion... tp blum terpk nak cuba lak.. manala tau satu hari nnti kan.

zawani yusoff said...

Salam kenal sis...hope sudi singgah to my blog.tq:)