Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 7, 2012

Ayam blackpepper


salam hari minggu yang malas2... bermalas2an pun perut nak kena isi jugak kan, so masaklah apa je yang ada stok dalam fridge. buat jer yang mudah dan cepat dingap n yang paling penting kenyang perut kan.  x dapat nak g pasar sbb pepagi lagi encik somi dah g belaja moto, nak gantikan lesen L yang dah lebih 4 bulan tergantung tuh! kodek2 fridge jadilah ayam blackpepper ni..

menu ni pernah tepek kat sini dan resepi asalnya dari Nor Secubit garam tp dia guna udang... kak rose memandai jer tuka guna ayam.... tp tetap sedap makan dengan nasik panas2. ratah gitu jer pun sedap jugak! Nor kak rose kongsikan resepinya kat sini sekali lagi ya..

Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose ade yg ijo jer n + cherry tomatoes)

Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.

13 comments:

Kak Noor said...

Rasanya tak payah ada lauk lain. Kombinasi lauk dan juga sayur. Brocolinya nampak segar. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

zawani yusoff said...

Wawwww yummy....:) salam knl akak:)

myda_ahmad said...

ya ampun,sedapnya kak rose,nak ratah2 jelah...hehehe

Asmah Yusof said...

Salam kak rose...
menu yg mmg sodap...heehe..xyah dah lauk lain..geram tgk en brokoli yg beratur keliling pinggan tue...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sayur sekeliling tu memang peberet kita

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah sedap tu kak rose.. senang ajer kan semua dalam satu.. sayur ada, ayam pun ada.. tak payah masak banyak bagai hehe :D

Kak Rose said...

Noor, semua dalam satu... sayur n lauknya sekali!

Kak Rose said...

Zawani, salam kenal jugak... tq singgah sini ya

Kak Rose said...

myda, ha ah... ratah gitu je pun ok. suka dengan brokoli yg masih crunchy

Kak Rose said...

waalaikumsalam Asmah... saja jer nak tayang brokoli yg segar tu... akceli bli dah lama, nasib baik masih elok jer.

Kak Rose said...

Ros, kita pun mmg suka sangat dengan brokoli ni... masak dengan sos tiram je pun sedap jugak

Kak Rose said...

Yati, masakan orang malas... suma dalam satu!

HALAMANKU said...

Salam wah kak Rose... meriah tu ngan lauk n brokoli.. memang lengkap kalau erma takdelah lauk lain cukup tu.. he he he