Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 23, 2012

Kuih bakar sagu biji


Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... menaip satu tangan pun nak jugak tayang kuih bakar sagu yang kak rose buat petang semalam... kira tangan kiri kak rose dah nak pandai buat keja selain dia punya expertise yg cuma untuk basuh uuuk uuk tu..... dan membancuh adunan ni pun guna sepenuhnya tangan kiri, alhamdullilah menjadi elok dan sedap pulak tu...apa pun kuih yg berasaskan sagu mmg pebret la

resepinya kak rose dapat dari Myr oleh kak fida.... bila baca komen dan lapuran yang dihantar mmg rasa nak cuba. mekasih ya sharekan resepi sedap ni dan izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 300 g sagu biji
  • 200 g mentega/majerin
  • 170 g gula pasir/merah
  • 3 biji telur
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam 
 

Cara-cara

  1. Rendam sagu biji dengan air panas mendidih selama 30 min. Tapiskan dan rendam sebentar di dalam air dingin 5 min dan tapis lagi.Ketepikan.
  2. Mentega,gula dan telur dikacau rata dan masukkan garam dan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan pula sagu biji yang ditapis tadi dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega.
  6. Bakar selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

x rugi mencuba... dengan loyang muffin pan ni kak rose bakar 25 minit jer..... kak rose buat 1/2 dari adunan ni dan dapat 12 biji kuih bakar sagu biji yg sedap ni.

6 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak rose..
wahhh syabas.. dan jadi kidal skrg ye.. hehehehe.. dlm umah nani cuma asben je kidal.. 4 org lain lagi.. semua tangan kanan... hehehehe... :) org tangan kiri ni rajin kak.. mcm akak ler... sibok nak godek kat dapur gak walaupun tangan kiri kan.. :) teror betul... :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam kak rose...
wahh.. nampak je kuih bakar sagu biji ni terus rempit dtg nak tgk... terliurlah! sagu2 ni sy memang suka... elok jadinya ye kak... bila rajin nnt lehla cuba..

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose.. ya Allah lama tak jenguk akak.. tetiba terkejut baca n3 pasal tangan akak tu.. dah ok kak? sihat? itulah akak yg rajin dengan tgn kiri pun rajin wat kuih muih.. subhanallah.. ni yang sihat neh.. bila nak try he he he.. moga cepat sihat tgn kanan.. pppssttt nak rasa kuih sagu bakar.. tak pernah rasa neh h ehe he

Nurul Farahizzati said...

as salam.. sedapnya... lapar lak.. hehe..

Nurul Farahizzati said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Farahizzati said...
This comment has been removed by the author.