Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 3, 2012

Bubur candil + cha cha

 lama rasanya x buat bubur/pengat ni.... kalau bulan posa tu mesti ada saja bubur untuk iftar kan.... tp hari ni ada sket rajin. sebenarnya nak makan pun ya jugak. jadilah buat bubur ni untuk juadah minum petang kami hari ni... nampak resepi bubur candil cha cha ni kat rumah Ummi kuantan yang sedang menunaikan rukun islam keempat ditanah suci Mekah. Ummi kak rose mintak izin nak cnp resepi tu kat sini pulak ya..

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu. (kak rose omit yg ni... x rajin sebenarnya!)
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

6 comments:

Fiza Nordin said...

salam k rose... pehal tangan tu?alahai sory... malehnye la nak skroll n3 bawah2 huhuu tp yg pasti bubur candil tu menggodala..............

Kak Rose said...

Fiza, carpal tunnel syndrome... kebas2 kat ujung jari...

Fuat Gencal said...

Ellerinize sağlık. Çok lezzetli görünüyor.

Saygılar.

adda syuhada said...

sedapnya bubur tuh..hulur2 kan lah semangkuk kt sini..hihihi

Marsita yahya said...

sedap nya Kak Rose.

ibundo said...

salam. Mmm sedapnya. Teringat pada arwah mak yang suka buat bubur candil.