Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 26, 2012

Aidiladha simple kami...

Asalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua... menu simple kami, pulut kuning yg sangat kuning dan nasi impit berlaukkan rendang daging anak bujang yang sediakan... maklumlah tangan mamanya masih belum boleh guna sepenuhnya. nak pegang pisau pun masih x kuat. kalau ikut hati mmg nak beli jer, tp anak bujang mama yg rajin offer diri nak buat, so mama sedikan lah bahan2nya....

dari awal persiapan nak buat rendang semua busu yg sediakan... mama cuma beri arahan, tp sambil memasak rendang asik berfb jer...so every now n then mama kena peringatkan untuk kacau rendang atas dapo tu! nasib baik je rendang x hangus.

 buat jugak tepung pelita untuk dessertnya. tq anak mama yang banyak menolong

berusaha keras memotong daging... 2kg daging and it's take 2 hours nak siap potong. saiz besar kecik panjang pendek suma ada... dan urat2 jugak x terbuang. ... nasib baikla daging lembut je bila rendang dah  masak! dan antara bahan untuk buat rendang tu ialah lengkuas bukannya sengkuang...halia pun x kenal gak. adoyaiiii la anak mama!

tangan mama after 10 days... bukak pagi tadi sbb nak tukar balutan, n ada bekas bleeding kat penampal tu. x sakit dah, tp masih x leh kena air dan urat2 masih x kuat nak wat keja masak2... tq sangat2 pada busu yg banyak tolong mama untuk sediakan juadah simple raya ni. selamat berkorban untuk semua.

7 comments:

bintangjauh said...

Salam Kak Rose,

Ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih betapa bertuahnya Kak Rose punyai seorang anak yang prihatin membantu tolong mamanya ketika keadaan yang sangat memerlukan bantuan... Alhamdulillah segalanya terurus sedia dengan sempurnanya... syabas bravo kepada Busu dengan jayanya mengendalikan juadah raya yang mulia...


Ratna sekeluarga mengucap kan Selamat menyambut HariRaya Qurban kepada Kak Rose seisi Keluarga dihari Juma'at nan mulia, dan tampaknya bekas jahitan bertambah baik, semoga dimasa yang terdekat Kak Rose boleh menggunakan tangan kanannya... tatkala menjamu pulut kuning diraja bersama rendang yang enak ada disana yang jauh merasa syahdu sesungguhnya...

Salam Lebaran...

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak rose...
alhamdullillah hirobbilalaminn.. :)
syukur di kurniakan anak yg amat2 memahami ibunya..
>>> SELAMAT HARI RAYA <<<
sedapnya tepung pelita tu.. comel plak tu.. nyum nyum....
simple but so delicious... kan kan.. :)
>> tangan kak rose tu, nampak dah nak kering ye... pantang makan ye.. biar cepat baik.. :D

Nurul Farahizzati said...

tepung pelita.....

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Kak Rose.
Salam kenal dari Sham.
Alhamdulillah.. harapnya nnt ada la sorang dr 3 org anak bujang Sham ni yg mengikut jejak langkah akak teruna Kak Rose.
Btw, Eid Mubarak utk Kak Rose & keluarga.

mia izzati said...

salam kak..kesiannye kak tangan sakit..nasib anak2 tolong potong2 kan....

HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Idh Adha utk KakRose sekeluarga. Semuga cepat sembuh!

Mat Gebu said...

Salam Aidil Adha Kak Rose, syukur alhamdulillah akak ada anak yang boleh membantu, walaupun lengkuas = sengkuang (hahaha, tergelak pulak..). Walaupun begitu, ini satu permulaan yang baik....