Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 25, 2012

Ayam goreng madu dlm pemanggang ajaib

 tu dia tajuk bukan main panjang lagi! sebenarnya ayam ni kak rose buat semalam lagi tp x dan nak post kat sini... buat ni pun sebenarnya nak meresmikan pemanggang ajaib murah cap idaman suri yg duk betapa dalam kotak tu... at last, pecah dara jugak akhirnya dengan resepi ayam goreng madu yg di panggang saja. mmg sungguh mudah menggunakan pemanggang ajaib ni, cepat pulak tu masaknya... crispy diluar n masih juicy didalamnya.

resepi ayam goreng madu yg dah bertukar jadi panggang ni kak rose amik dari rumah hana, mekasih ya nduk. banyak kali dah buat tp nak jugak tepek kat sini... kak rose guna resepi ni, tp terus je masuk dalam pemanggang n bakar

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan. (guna 2 whole leg jer)
  • 2 inci halia - parut
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sk blackpepper - optional

Cara-cara
  • Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam.
  • Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak yg sederhana sket)
  • Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! hihi... tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.
  • Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!

3 comments:

Nurul Farahizzati said...

sedapnya... huhu.. rindu dekat masakan mak bila masuk sini..
selamat hari raya aidiladha ^^.

Kak Rose said...

aii . . . usha mertua nampak ? pandai awak ea . . .
- khairil anuar -

Anonymous said...

Saya beli Happy call Jumbo Grill melalui qoo10.my free shipping dari Korea RM150.00 termasuk seal + free gift. Last week order lg happy call silicon tool/spoon/spatula/brush/ dengan harga RM 12.40 free shipping from Korea. Happy call Ceramic pot, free shipping tengah offer from RM 221.20. Berbaloi jugak beli melalui online