Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 19, 2012

Panduan wuduk bagi pesakit cam kak rose

 jari yg gumuks bertambah bolat sbb a bit swollen....

Asalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang mulia.... walaupun menaip dengan tangan kiri jer tapi nak jugak sharekan pengalaman kak rose berwuduk/bertayammum ketika tangan berbalut sakit x leh kena air ni.... selama ni mmg x pernah hirau menda2 cam ni.... cuma tau asas masa belajar zaman sekolah ugama dulu.... ni pun puas menggogle dan baca dengan tengok you tube jugak dan akhirnya jumpa panduan dari Jakim ni. lengkap n sangat mudah difahami. untungnya segala info dihujung jari ni kan, cuma kena rajinkan diri ngadap komputer.... tapi ingat, jangan sampai jadi macam kak rose ni... beringat2 lah sebelum CTS menyerang ya adik2 suma...

ni yang kak rose copy dari website Jakim untuk panduan kita semua terutama untuk diri sendiri yang tangan berbalut x leh kena air +- 2 minggu.... adoyaiiii
Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.

Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.

Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki. 
 
debu tayammum yang kak rose bli sebelum operation.... memula x terpk pun debu ni ada jual, tp cik google telah banyak memudahkan keperluan kak rose for this trying time..... dan pada sapa2 yang nak tau lebih detail tentang cara berwuduk untuk bahagian x boleh terkena air, sila lah g pada link Jakim yang kak rose dah bagi tu.... semuga dapat membantu dan memberi panduan buat kita semua. Insyaallah.

23 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Syafakillah kak rose..

Terima kasih dengan info yang sangat berguna mengenai tayammum ini :D

Sally said...

Salam Kak Rose..lama btul Sally tak jengah sini...rumah Sally pun dah lama bersawang jer..apa kena tangan K'Rose? Sally doakan semoga akak cepat sembuh ya..

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak rose,
moga bertambah sihat hari ni ye..
alhamdullillah.. boleh bersolat walaupun keadaan mcm tu kan.. terima kasih share info ni.. :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terima kasih berkongsi info.. saya pun sama ingat2 lupa dah cara bertayammum ni sbb belajar pun masa sekolah agama dulu lah juga... aritu ada anak cerita kat sek agama dia.. ustaz ada tunjuk debu tayammum tu masa dorang belajar tayammum... zaman kita dulu mana ada lagi kan....

semoga kak rose cepat sembuh...

Mat Gebu said...

Terima kasih kak rose, sudi share...rehat elok2 ok, jgn ganas2..hehe

zizie said...

semoga cepat sembuh :) kawan cakap bedak tu bau busuk.. betul ke?

K.Nor said...

semoga cepat sembuh ya k.rose.. DIA nak suruh k.rose berehat la tu :)

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, my bahasa out of tune. But what happened to your hand?
Here's wishing you a quick recovery.
Best regards.
Lee.

Kak Rose said...

Sama2... sharing is caring kan...

Kak Rose said...

Sally, carpal tunnel syndrome... kebas ujung jari tu n tq ya

Kak Rose said...

Waalaikumsalam nani, alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk melakukannya.n tq

Kak Rose said...

Madiha, mmg kita x terjangka kan...tp bila dah kena terpaksalah cari info yg boleh mmbantu. nasib baik ada cik google!

Kak Rose said...

sama2 mat... x pernahnya kak rose mengganas! he he he

Kak Rose said...

zizie, tq. it's debu n odourless

Kak Rose said...

Nor, tq. DIA beri peringatan...

Kak Rose said...

Hai Uncle Lee... lama x dengar cerita...

my hand kena carpal tunnel syndrome n kena operate n recovering now

Khairani Bahaudin said...

Salam perkenalan kak Rose.

Tak tahu pula saya ada di jual debu tayamum ni. dulu masa kalau takde air, ustaz saya kata boleh pakai bedak. emm, maybe boleh standby debu tayamum ni in case rumah or g somewhere yg xde air kan? good info kak rose, tqvm.

Kak rose. red harap kak ros cepat sembuh.

 Nanti jemput ke blog saya ye.
REDCOMEL

Farraa....... said...

salam kak rose,

thanks sebab bagi info berguna. semoga cepat sembuh Farraa doakan.

izan mama mia said...

Assalamualaikum kak rose,..

tq berkongsi caranya itu,..salam kenal dr saya yg first time dtg cni,...semoga kak rose cepat sembuh yaa...."miaduniaku"..tq :)

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info. Sungguh bermanfaat.
apapun semoga Kak Rose segera sembuh dan kembali menceriakan blog dengan cerita dan resipi sedap!

Kak Rose said...

Khairani, salam kenal jugak...

sama2 kita sharekan info yg bagus ni... mana tau jadi perlu pulak satu hari nnti kan...

Kak Rose said...

Farra, sama2.

Kak Rose said...

Azie, sama2.

esok nak kena g bukak balutan tu... harap2 semuanya ok la.