Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 31, 2010

Ikan tenggiri goreng asam

salam dan selamat tengahari semua.... baru dapat nak buat post ari ni.... hujung minggu lepas manyak bizi.... mengalahkan orang buat kenduri je.... iapun jiran sebelah rumah kiri dan kanan ada buat majlis kenduri perkahwianan anak2 nya.... jadi kak rose pun tumpang sekaki sibuknya.... habes rewang sebelah kiri ke sebelah kanan pulak.... begitulah berjiran kan....

ok berbalik kepada resepi masak ari ni.... resepi ni kak rose amik dari MyResepi oleh HaSue... (MyResipi la ni payah sangat nak bukak.... banyak resepi yang mudah dan sedap2 x dapat nak copy) resepi asalnya guna ikan tongkol tapi kak rose ada ikan tenggiri je.... sedap gak lembut je ikan ni dan terasa asamnya....tima kasih HaSue kak rose amik resepi yang sedap ni..... sesapa nak cuba ni kak rose tepek resepinya kat sini

Bahan-bahan ( Bergantung saiz ikan )

  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih(kak rose guna ikan tenggiri)
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..
  4. Selamat Mencuba! ^_^

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nampak mnyelerakan.. mak kita dulu ada gak goreng asam ni...

p/s: betullah.. myresepi skrg payah nak bukak, nape ek?

ain said...

salam kak rose...ada lg ke ikan goreng asam tu. nak sikit. sedap mkn ngan ns pns2!!

Kak Rose said...

sari, memang lain sikit dari kebiasaan yang kita dok goreng tu.... cubalah... sedap

Kak Rose said...

ain, sudah ilek lah.... ratah gitu je pun sedap...