Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 4, 2010

Kerabu mangga


Salam semua.... ha hari ni baru lah aman sikit nak memasak.... sebab kerja2 ubahsuai tu dah siap sepenuhnya....tapi keja mengemas la pulak.... x pe tu boleh buat pelan2 kan.... yang penting nak masak dan makan2..... so ari ni stat masak tapi yang simple2 jek.... yang penting perut kenyang.... kerabu mangga ni amik resepi dari sini.... tapi kak rose tak letak kerisik sbb tak ada stok.... tapi rasa memang ok.... so kak rose cnp resepinya dan tepek kat sini ya.....

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.
Kemudian, masukkan udang kering tadi ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Sekarang tumbuk kacang dan biar hancur kasar sahaja supaya kerabu mangga ini ade rasa ranggup. (paham ke? :P ) (kak rose x letak)
Potong buah mangga secara memanjang.
Bawang besar, serai, cili padi & daun limau purut dimayang. Cili merah dipotong memanjang
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi, kerisek, air asam limau, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga sebati semua bahan-bahan tadi.
Dah siap....

kerabu mangga dah siap.... jemput makan semua....

No comments: