Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 6, 2010

Puding roti pelangi


Salam semua..... hari ni kak rose terlebih rajin lak....masak cenggini rajin ke? yalah lepas masak tadi terus buat puding roti pelangi ni..... sebab terpandang kat rumah yatie puding kalerful yang cantik terus teringin nak buat.... tapi tak lah secantik macam yatie dan hana nyer... maklumlah kak rose ni kan keras tangan..... rupa buruk x pe kan asalkan sedap, betultak?. dah banyak kali buat guna resepi ni tapi buat marble je... kali ni wat yang kelerful macam yatie nyer... tima kasih pada anda berdua, kak rose nak cnp resepinyer ya....


Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sb butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
* pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa2)

Cara membuatnya:
  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.
  6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

jemput semua.... makan puding kalerful nih...

6 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

I'm here!!! Haissshhhh macam mana akak buat rainbow cantik camtuh...smlm tgk KakYatie buat pun cantik jer...Love tak reti!!! huhuhu! :)

Anyways, mintakkkk!

izahdaut said...

salam kak rose..engkau tibaaa bagaikan pelangi..tak bercahya namun kau berseri..wah nyanyi lagu sudirman plak..lawo la puding jadi plangi nih..camno nak jadik cantik camni?

ain said...

salam kak rose. lamanya tak jenguk blog akak. busy lah. lawanya puding pelangi akak. nak sikit!

Kak Rose said...

Hai Love, rainbow tak sekata sebab keras tangan hu hu...

Kak Rose said...

izah, kak rose suker lagu sudirman tu tapi pelangi kak rose tak lah berseri macam lagu tu... nak cantik kena tanya tuan punya resepi tu camna nak bagi cun gitu.

Kak Rose said...

salam ain, ya la lama sungguh menyepi, ada apa2 ke? nak puding tu, mai la ada lagi nih...